Potpouri at Causeway

Welcome to reading my blog on any issues under the Sun.

Search This Blog

Saturday, July 17, 2010

Subsidi Golongan Berada Wajar Dihapuskan




Menteri Jabatan Perdana Menteri Dato’ Idris Jala baru-baru ini menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi muflis seumpama Greek pada tahun 2019 sekiranya subsidi petrol dan barangan keperluan seharian tidak dihapuskan dengan serta merta.

Malaysia telah mengalami bajet yang defisit berturut-turut selama 12 tahun. Pada waktu ini hutang asing Malaysia dijangka sejumlah RM 360 billion, yakni telah melebihi 50% hasil nasional kasar (GNP). Pada purata seseorang warga Malaysia berhutang sebanyak RM 15,000 kepada pemiutang asing. Oleh yang demikian,    kerajaan akan menjadi bankrap pada athun 2019 jika ketiadaan tindakan yang drastik untuk memperbaiki status kewangan kerajaan semasa.    

Dato’ Idris Jala juga mengatakan bahawa penghapusan subsidi minyak dna keperluan seharian termasuk petrol, gas asli, gula, tarif elektrik dan tol lebuh raya akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 103 billion dalam tempoh 5 tahun akan datang. Penghapusan subsidi keperluan seharian akan mengakibatkan kadar inflasi yang melambung naik serta menjarakkan lagi jurang pendapatan di antara miskin dan berada.

Tegasnya penghapusan subsidi barangan keperluan seharian tidak akan menyelesaikan permasalahan ekonomi dan pentaburan kekayaan yang kurang seimbang sekiranya tidak diekori penghapusan ‘subsidi’ kepada kalangan atasan. Dasar ekonomi Barisan Nasional boleh dikatakan sentiasa menyebelahi segelintir kroni  misalnya sistem pemberian AP untuk mengimpot kereta dan barangan. Sekiranya kerajaan BN masih mengekalkan “tongkat” ekonomi atau subsidi kepada kroni mereka, ekonomi Malaysia masih menghadapi masalah kekurangan daya saing dan daya hidup.

Walau bagaimanapun sistem AP telah mengasuh segelintir usahawan Bumiputera, tetapi ianya masih kurang berjaya dalam usaha meningkat daya saing industri membuat kereta  tempatan serta gagal mewujudkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang berkebolehan bersaing di arena antarabangsa. Oleh it, walaupun dikenakan cukai eksais yang tinggi dan kewujudan sistem AP, bilangan kereta jenama luar negara berjalan di lebuh raya kita masih jauh melebihi kereta jenama tempatan.   Di sebaliknya rakyat jelata terpaksa menanggung harga kenderaan, tol lebuh raya dan kos pengangkutan  yang mahal supaya mereka dapat menyara segelintir kapitalis kroni. Oleh itu, kenapa subsidi kepada kalangan yang sudah berada tidak dapat dihapuskan sekaligus?

Ekoran peningkatan harga barangan keperluan seharian, seandainya permasalahan gaji pekerja buruh bawahan tidak meningkat disebabkan  industri-industri dalam negara ini masih bergantung kepada pekerja asing,   cabaran yang mendadak adalah melaksanakan dasar gaji minimum, mempertingkatkan produktiviti dan latihan pekerjaan pekerja-pekerja serta mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing, barulah kita dapat memulihkan ekonomi ke arah model baru.

Di samping itu, masalah nisbah dan bilangan kakitangan awam yang amat tinggi dan permalasahan red tape seumpama Greek sebelum menjadi muflis. Budaya red tape dan rasuah adalah serius di Malaysia sehingga budaya rasuah dirasionalisasi secara tidak rasmi (atau unconventional) sebagai “keburukan yang sewajarnya” (atau necessary evil) untuk mencapai keseimbangan jurang pendapatan di antara kaum.

Apabila kita sedang menyesali negara-negara yang pernah ketinggalan di belakang Malaysia dari segi pembangunan ekonomi termasuk Jepun, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan,  Taiwan, Negeri Cina dan India telah medahului Malaysia dari segi kemajuan dan pembangunan, negara-negara di Aisa Tenggara seperti Indonesia dan Thailand telah bermula medahului Malaysia. Sekiranya Malaysia tidak berubah,  besar kemungkinan negara-negara lain termasuk Vietnam, Kampucha dan Laos, walaupun lebih mundur berbanding dengan Malaysia pada waktu ini, akan juga mendahului Malaysia pada 30 tahun akan datang. 

No comments:

Post a Comment